Rezeki cikgu! ‘Parents’ hadiahkan gelang emas sempena Hari Guru

15 May 2024 • 11:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hadiahkan gelang emas

Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, sepasang suami isteri hadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka sepanjang bergelar pendidik.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, dia bersama suami membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah tersebut di sebuah kedai emas terkemuka.

Hadiahkan gelang emas

@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah . 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Dalam perkongsian itu, hadiah berbentuk gelang emas telah diletakkan dalam kotak istimewa dan Nurashikin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja kerana membantu menguruskan proses bungkusan.

“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” katanya.

Hadiahkan gelang emas

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan dan mendapat lebih 18,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi itu.

Bagusnya cara pasangan ni hargai cikgu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih dan memuji cara yang digunakan pasangan suami isteri tersebut dalam menghargai jasa guru-guru anaknya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Dulu kami bagi pen, sabun je!

Bukan itu sahaja, ramai yang mengimbau kenangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru suatu ketika dahulu yang kebanyakkannya memberi hadiah berbentuk keperluan cikgu seperti pen atau cawan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Nurashikin Din