Rezeki jadi tetamu Allah, Tomok dan isteri selamat tiba di Tanah Suci tunai haji

LocalFamily & Parenting
8 May 2026 • 2:31 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Rezeki jadi tetamu Allah, Tomok dan isteri selamat tiba di Tanah Suci tunai haji

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Tomok selamat tiba di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji musim haji tahun ini selepas menerima jemputan sebagai tetamu Allah.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 41, ditemani isteri tercinta, Rahayu Abas sepanjang perjalanan ibadah tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Menerusi satu hantaran video di Instagram, pelantun lagu Memori Mungkin Berulang itu berkongsi momen mereka menghadiri kursus haji sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, Rahayu turut berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi platform Threads sambil memohon doa orang ramai agar segala urusan mereka dipermudahkan.

“Alhamdulillah, dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.

“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” katanya.

Perkongsian pasangan itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan pengikut media sosial yang turut menzahirkan rasa syukur serta mendoakan agar mereka memperoleh haji yang mabrur.

“Semoga memperoleh haji yang mabrur, insya-Allah. Doakan kami dijemput menjadi duyufurrahman untuk tahun-tahun mendatang,” tulis seorang peminat.

Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa gembira melihat pasangan itu berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia muda.

“Masya-Allah, seronoknya muda dah pergi haji. Semoga haji mabrur dan dipermudahkan urusan sepanjang di sana,” katanya.

View Original Article