Rezeki tak putus, Fattah Amin muncul dalam muzik video Aina Abdul

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rezeki tak pernah putus, pelakon Fattah Amin muncul dalam muzik video (MV) penyanyi popular, Aina Abdul menjadi bualan ramai termasuk peminat kedua-dua selebriti ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Aina pada Sabtu, penyanyi itu telah memuat naik satu ‘teaser’ MV selama 2o saat untuk lagu baharunya yang berjudul Jadi Ajar Aku.

Fattah Amin muncul dalam muzik video Aina Abdul

image is not available

Pada teaser itu, Aina kelihatan memakai busana berwarna biru muda dan sedang berada di sebuah pantai bersama seorang lelaki.

Dalam pada itu, walaupun susuk tubuhnya hanya ditunjukkan buat seketika sahaja tanpa mendedahkan bahagian depan wajahnya, namun ia jelas-jelas Fattah.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja mereka terhadap muzik video tersebut disamping merestui kehadiran Fattah pada MV itu.

Wow abam Tah!

image is not available

Restu dari Ainations

image is not available

Fattah Amin muncul dalam muzik video!

image is not available

Dia bagi sipi2 je

image is not available

Abam Tah ke tu? Menyala MV Aina!

image is not available

Lagu Jadi Ajar Aku adalah satu daripada tiga single terbaharu Aina yang dimuat naik dalam album Imaji versi deluxe yang dilancarkan pada 25 Oktober lalu.

Lagu ini telah pun dilancarkan di YouTube Aina pada Ahad dan rata-rata pendengarnya merupakan peminat Aina dan juga Fattah.

Pada ruangan komen di YouTube, rata-rata warganet meluahkan rasa suka kepada lagu tersebut disamping turut memuji lakonan mantap daripada Fattah.

Hadir sebab Fattah

image is not available

Lagu sangat hebat!

image is not available

Terima kasih Aina!

image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: Instagram Aina Abdul