“Rezeki tak salah alamat!” – Shuib, Mamat buka kedai makan Sepah Penyet

LocalFood
22 Apr 2025 • 9:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pelawak, Shuib Sepahtu membuat kejutan kepada sahabatnya, Mamat dengan membuka sebuah kedai makan yang dinamakan Sepah Penyet.

Menerusi hantaran yang dibuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di laman Instagramnya, Shuib meminta Mamat untuk video berkaitan promosi Bubble Bee bersempena Hari Raya Aidilfitri di hadapan kedai makan itu.

Sepah Penyet

Instagram will load in the frontend.

Tanpa menyedari rancangan tersebut, Mamat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat papan tanda restoran tertera nama Sepah Penyet.

“Rezeki tak salah alamat, kita buka kedai makan Mat, Sepah Penyet!” ujar Shuib.

Sementara itu, Shuib meluahkan rasa syukur kerana dapat membuka perniagaan kedai makan itu yang dipercayai terletak di Melaka bersama Mamat dan berharap segala urusan mereka dipermudahkan kelak

“Alhamdulilah semoga Allah mudahkan, jemput datang pada 26 April ni kita Grand Launching. Korang boleh follow Sepah Penyet untuk diskaun dan promosi yang best,” tambahnya lagi.

Sepah Penyet

image is not available

image is not available

Bagusnya Shuib hargai sahabat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan cara Shuib yang tidak pernah henti membantu dan memberi sokongan terhadap Mamat yang sudah bersahabat baik sebelum bergelar penggiat seni tanah air.

image is not availableimage is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan tahniah buat kedua-dua pelawak tersebut dan berharap segala urusan mereka dalam mengembangkan perniagaan dipermudahkan.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Shuibsepahtu