Rezeki tunai haji, ibu kongsi berita kehamilan anak – “Pergi berdua, pulang bertiga”

LocalFamily & Parenting
16 Jun 2025 • 10:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di platform TikTok baru-baru ini satu momen menyentuh hati membabitkan kepulangan jemaah haji ke tanah air, apabila seorang wanita yang baru tiba dari Tanah Suci memaklumkan berita gembira kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Jemaah haji disahkan hamil di Mekah

Dalam perkongsian tersebut, wanita itu yang merupakan ibu kepada salah seorang jemaah berkongsi bahawa anaknya telah disahkan hamil ketika kedua-duanya berada di Mekah.

Susulan itu, wanita berkenaan telah berkongsi berita menggembirakan itu sejurus mereka tiba di lapangan terbang selepas menunaikan ibadah haji bersama.

image is not available

Foto: Carian Google

Menurut Dr. Mohd Na’im, ibu kepada wanita terbabit meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana bukan sahaja dapat mengerjakan haji bersama anaknya, malah kini pulang dengan satu lagi rezeki yang amat bermakna.

“Mereka pergi berdua dan pulang bertiga,” katanya.

Difahamkan, wanita hamil berkenaan hanya mengetahui dirinya sedang mengandung ketika berada di Mekah.

Perkhabaran itu bukan sahaja menggembirakan ahli keluarga, malah turut menyentuh hati para netizen yang menonton perkongsian tersebut.

Dr. Mohd Na’im turut mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan dan mendoakan kesihatan ibu serta bayi yang dikandung.

“Saya ucapkan tahniah, dan mendoakan agar anak yang dikandung akan sihat dan selamat dilahirkan nanti. Saya juga doakan agar si ibu juga berada dalam keadaan sihat,”ujarnya.

Perkongsian momen tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-rata terharu dan menyifatkan kehamilan itu sebagai rezeki dan barakah daripada Tanah Suci.

image is not available

Foto: Carian Google

Tidak kurang juga yang menyatakan kekaguman terhadap keajaiban dan kebesaran Allah SWT yang melimpahkan nikmat-Nya dalam pelbagai bentuk, termasuk kehadiran cahaya mata yang tidak disangka-sangka.

Fenomena ini menjadi satu daripada ribuan kisah menyentuh hati yang lahir daripada perjalanan ibadah haji, sekaligus mengingatkan umat Islam tentang keajaiban dan rahmat yang hadir ketika berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Sumber: Tiktok @beritaalhijrah114