RFP Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh Kini Di Peringkat Akhir

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2024 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mendedahkan bahawa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide). RAC kini sedang menilai cadangan yang diterima daripada kedua-dua konsortium sebelum penganugerahan projek yang dijangka pada suku keempat tahun ini.

Konsortium Tempatan

image is not available

Menurut Loke, Permintaan Untuk Cadangan (RFP) kini di peringkat akhir dengan dua syarikat konsortium besar dalam negara telah menunjukkan minat untuk membangunkan tanah RAC di belakang Stesen Ipoh. Projek ini akan dijenamakan semula sebagai Ipoh Sentral dan akan merangkumi pembangunan bersepadu.

"Kita mengharapkan ia menjadi satu pemangkin kepada pembangunan di bandar raya Ipoh kerana Stesen Ipoh itu merupakan satu stesen yang penting... jadi memang Stesen Ipoh menjadi sangat sibuk," katanya.

Pengubahsuaian Sementara di Stesen Ipoh

Buat masa ini, pihak RAC telah melakukan sedikit pengubahsuaian di Stesen Ipoh untuk menambah keselesaan penumpang sementara menunggu tren. Loke menjelaskan bahawa pengubahsuaian ini hanyalah untuk sementara waktu, dengan pembangunan lebih besar dijangka di kawasan tanah belakang stesen sebagai sebahagian daripada projek Ipoh Sentral.

Sumber: Astro Awani