RHB Bank terima kelulusan jual broker sekuriti daripada badan pengawal selia Vietnam 

Business & Finance
7 Jun 2024 • 3:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB Bank terima kelulusan jual broker sekuriti daripada badan pengawal selia Vietnam

johardy

07/06/2024 - 15:33

KUALA LUMPUR 7 Jun - RHB Bank Bhd telah memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Vietnam (Vietnam SSC) bagi cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat RHB Securities Vietnam (RHBSVN) kepada Public Bank Vietnam Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities hari ini, syarikat itu berkata cadangan pelupusan itu mesti diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan.

image is not available

"Kegagalan berbuat demikian kelulusan akan tamat tempoh dan RHBSVN mesti mengikut peraturan pelaporan dan penerbitan seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang berkenaan," tambahnya.

image is not available

Unit Public Bank Bhd di Vietnam merancang untuk mengambil alih perniagaan broker sekuriti RHB Investment Bank (IB) Bhd yang berpangkalan di Vietnam dengan wang tunai VND374.00 bilion (RM72.55 juta). - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved