RHB Investment semak turun unjuran pendapatan Texchem bagi FY23-FY25 antara 51% hingga 62% akibat tekanan inflasi

Business & Finance
22 May 2023 • 2:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB Investment semak turun unjuran pendapatan Texchem bagi FY23-FY25 antara 51% hingga 62% akibat tekanan inflasi

azan

22/05/2023 - 14:43

KUALA LUMPUR 22 Mei - RHB Investment menyemak turun unjuran pendapatan Texchem Resources Berhad bagi FY23-FY25 antara 51% hingga 62% selepas mengambil kira permintaan pasaran yang lembap dan asas kos yang lebih tinggi akibat tekanan inflasi.

Firma itu juga menyemak turun perbelanjaan modal kepada RM30 juta berbanding RM50 juta selepas melihat situasi semasa termasuk tekanan inflasi.

Katanya, keuntungan teras kumpulan bagi suku pertama 2023 juga tidak mencapai sasaran akibat permintaan pasaran yang lemah dan tekanan kos.

Firma itu berkata, keadaan itu juga mencerminkan keputusan yang lemah selain pemampatan margin keuntungan selain harga saham juga mengalami situasi yang teruk mencerminkan kelemahan jangka pendek.

"Kumpulan itu juga berdepan beberapa risiko termasuk peningkatan kos input, jangkaan jualan yang lebih lemah berbanding jangkaan dan tukara wang asing yang lemah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, perniagaan restoran kumpulan (untung sebelum cukai: -86.6%) terjejas akibat bulan puasa, kos bahan mentah dan kakitangan yang lebih tinggi serta perbelanjaan sewa yang normal.

Margin unit makanan (untung sebelum cukai: -35.4%) susut 8.4ppts atas kos operasi yang lebih tinggi.

"Bahagian perindustrian (untung sebelum cukai: -72.4%) dan kejuruteraan polimer (kerugian sebelum cukai: RM700,000) telah terjejas oleh permintaan pasaran yang lemah disebabkan oleh tekanan makroekonomi global," katanya.

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM2.77 berbanding RM3.60 sesaham. - DagangNews.com