RHB lancarkan transaksi pembelian semula matawang bersilang mampan pertama Malaysia

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2024 • 1:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RHB lancarkan transaksi pembelian semula matawang bersilang mampan pertama Malaysia

syaza

04/09/2024 - 13:16

KUALA LUMPUR 4 Sept - RHB melancarkan transaksi penggunaan hasil mampan (UOP) belian balik matawang bersilang (repo) pertama di Malaysia melibatkan mata wang dolar Australia dan Ringgit Malaysia.

Menurut RHB, hasil Ringgit akan diperuntukkan kepada pinjaman perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang memenuhi kriteria kemampanan.

Selain itu, transaksi repo rentas UOP mampan itu merupakan hasil kerjasamanya dengan BNP Paribas Malaysia Berhad untuk membangunkan lampiran UOP Mampan pertama di Malaysia.

"Dengan memanfaatkan sukuk dan portfolio bon, RHB dan BNP Paribas boleh menjana kecairan harga yang kompetitif untuk menyokong inisiatif pemberian pinjaman mampan di dalam Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

"Urus niaga ini menetapkan penanda aras untuk institusi kewangan lain, mempamerkan daya maju menyepadukan kemampanan dalam instrumen kewangan yang kompleks," ujar RHB.

image is not available
Datuk Fad’l Mohamed

Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan RHB, Datuk Fad’l Mohamed berkata, pelancaran transaksi UOP itu menggariskan usaha bank untuk mencapai penyelesaian kewangan bermakna yang sejajar dengan objektif kemampanan.

"Inisiatif ini merupakan langkah penting ke arah mencapai cita-cita kami untuk menggerakkan RM50 bilion dalam perkhidmatan kewangan mampan, memajukan aspirasi sifar bersih 2050 kami dan memberi impak positif kepada komuniti,"ujar beliau.

image is not available
Angus Salim Amran

Ketua Kewangan Lestari di RHB, Angus Salim Amran mengulas, transaksi repo mata wang bersilang UOP mampan dan pembangunan Lampiran UOP itu mengukuhkan lagi kepimpinan RHB dalam kewangan lestari.

"Dengan menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif, kami memperkasakan pelanggan kami untuk menyepadukan kemampanan ke dalam model perniagaan mereka dan menyumbang dalam pembinaan ekosistem kewangan yang lebih berdaya tahan dan mampan," katanya.

image is not available
Chaoni Huang

Di samping itu, Ketua Pasaran Modal Mampan untuk Asia Pasifik BNP Paribas, Chaoni Huang berkata, perkongsian itu menyediakan sumber pembiayaan tambahan untuk memacu kewangan mampan di Malaysia.

Ketua Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif BNP Paribas Malaysia, Anthony Lo berkata, transaksi itu mencerminkan komitmennya dalam menyokong pelanggan untuk mencapai cita-cita kemampanan mereka.- DagangNews.com