RHB Memperkenalkan Sokongan Apple Pay Untuk Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
21 May 2024 • 7:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RHB Bank hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan sokongan Apple Pay untuk para pelanggan di Malaysia. Dengan langkah ini, para pelanggan perkhidmatan perbankan RHB Bank boleh menambah kad debit dan kredit RHB Visa Debit pada Apple Pay, dan menggunakannya untuk pelbagai transaksi.

image is not available

Melalui Apple Pay, pengguna boleh menambah kad padanya, dan menggunakan iPhone atau peranti Apple lain untuk menyentuh pada terminal untuk tujuan pembayaran. RHB mengatakan semua pengguna kad kredit dan debit RHB Visa boleh menggunakannya, termasuk kad Multi-Currency Visa Debit yang menyokong pembayaran dalam 33 jenis mata wang tanpa sebarang caj transaksi.

Selari dengan pengenalan ini, RHB turut mengumumkan penawaran pulangan tunai untuk tempoh terhad, dimana pengguna boleh menerima pulangan tunai sehingga RM30 apabila menggunakan kad RHB bersama Apple Pay untuk transaksi minima RM50. Promosi pulangan tunai ini disediakan RHB sehingga 31 Julai 2024 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved