RHB Sound Box Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Kad Kredit Dan Debit

Business & FinanceDigital
13 Aug 2026 • 3:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RHB memperkenalkan terminal pembayaran Sound Box Plus baharu dengan sokongan kad debit dan kredit. Ia sekali gus menawarkan fungsi tambahan berbanding model terdahulu yang hanya menyokong pembayaran melalui QR.

Image from: RHB Sound Box Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Kad Kredit Dan Debit

Terminal ini hadir dengan teknologi NFC terbina yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya menyentuh kad debit, kad kredit atau telefon pintar pada terminal. Melalui teknologi ini, transaksi dapat dibuat dengan lebih pantas tanpa perlu mengimbas kod QR atau memasukkan kad secara manual.

Image from: RHB Sound Box Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Kad Kredit Dan Debit

Selain itu, Sound Box Plus dilengkapi SIM terbina dalam bagi memastikan sambungan rangkaian yang stabil. Ia juga hadir dengan ciri pemberitahuan suara masa nyata untuk mengesahkan setiap transaksi yang berjaya. Terminal ini menyokong pembayaran kad sehingga RM250, selari dengan had NFC semasa. Bagi transaksi DuitNow QR pula, had penggunaan bergantung kepada limit yang ditetapkan oleh bank masing-masing.

Bagi yang berminat, terminal ini boleh didapati dengan mengisi borang di laman web rasmi RHB untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved