Semalam kami melaporkan yang isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Majdina ada memuat naik satu hantaran luahan perasaannya seolah dia nampak bahagia diluar, tapi tak bahagia di dalam.
Semalam tular pula satu video dimuat naik Abang Tesla yang menunjukkan dirinya membawa isteri pertamanya itu menikmati makan malam istimewa di satu lokasi.

Abang Tesla sempat mendedahkan bahawa dia sudah lama ingin memaklumkan mengenai niatnya untuk berkahwin lagi satu di hari jadi isteri pertamanya itu.
Kata Abang Tesla lagi, dia bimbang setelah memaklumkan mengenai niatnya itu, mungkin ada perceraian dan respon Majdina hanyalah dia ingin mencuba melayari kehidupan bermadu setelah suaminya itu bernikah kali kedua.
Namun, ruangan komen hantaran TikTok itu menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Suara bila dengan bini first biasa je. bila dengan bini no 2 suara manja lain macam.
Mata dan air muka Kak Maj tak dapat menutup isi hati. Harap kuat je la.
Sebelum ini, Majdina tampil mencuri tumpuan gara-gara satu video memaparkan dia seperti bersedih setelah menulis kapsyen ‘terlihat ceria padahal hampir gila’ di TikTok.
Kredit: Instagram Abang Tesla
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.



