Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat negeri di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan perasmian majlis perayaan bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam itu.
Turut hadir, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kemajuan Desa & Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dan pimpinan Kerajaan Negeri.
Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan, orang ramai dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian bertemakan hari Natal.
Dalam majlis itu, Amirudin juga menyampaikan bantuan kewangan rumah ibadat (Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao) berjumlah RM565,200.
Sebagai persiapan menyambut Krismas, keadaan pusat beli-belah di Selangor dan Kuala Lumpur turut berubah wajah menjadi meriah dengan pelbagai hiasan.
Jurufoto REMY ARIFIN, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN dan NUR ADIBAH AHMAD IZAM merakamkan kemeriahan persediaan sambutan kali ini. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.










The post Riang ria sambutan hari Krismas, aneka hiasan meriahi suasana appeared first on Selangorkini.

