Ribuan Belut Ditemui Mati Di New Zealand

Environment
4 Apr 2024 • 9:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ribuan Belut Ditemui Mati Di New Zealand

NEW ZEALAND — Lebih 3,500 belut ditemui mati di aliran sungai Kauritutahi, Pulau Utara New Zealand, lapor Metro UK.

Difahamkan, ia merupakan kematian kedua terbesar haiwan itu di negara berkenaan pada tahun ini.

Kementerian Industri Utama memaklumkan, pegawai alam sekitar kini sedang menjalankan siasatan berhubung misteri kematian besar-besaran haiwan itu.

Pihak berkuasa mendakwa kejadian tersebut berkemungkinan berpunca daripada perubahan iklim namun perkara itu masih belum dapat disahkan, lapor New Zealand Herald.

Sementara itu, pemangku pengurus pasukan Biosecurity NZ turut menjelaskan terdapat kemungkinan kematian itu berpunca daripada cuaca yang memuncak.

image is not available
Gambar: AFP via Yahoo Singapore

Berbeza dengan kejadian pertama, ia dikaitkan secara langsung dengan bahan pencemar yang membunuh belut di aliran itu.

Dalam perkembangan lain, ahli kumpulan penjaga tempatan, Hona Edwards yang bertanggungjawab dalam memantau sungai telah mengambil sampel air di kawasan berkenaan.

Pelbagai pemerhatian telah dilakukan termasuk pembentukan alga di beberapa bahagian sungai dengan paras air semakin surut akibat cuaca panas, yang berkemungkinan menyumbang kepada kematian haiwan itu.

“Kami mendapati beberapa alga terkumpul disebabkan air sungai yang semakin panas.

“Peratusan paras air juga sedang diperhatikan dari paras kritikal hingga kering kontang. Apabila tiada aliran (air), oksigen yang terlarut semakin berkurangan dan toksin akan mula terkumpul di dalam laluan air,” katanya.

Ribuan ikan terdampar di Utara Jepun

Terdahulu, ribuan bangkai ikan dilapor telah ditemui terdampar di sepanjang pantai di utara Jepun, lapor Sky News pada Disember lalu.

Bangkai-bangkai ikan yang kebanyakkan terdiri daripada spesies ikan sardin dan tenggiri itu ditemui terdampar di Hakodate, sebuah pulau utama di utara Hokkaido.

Difahamkan, bangkai-bangkai ikan itu boleh dilihat di kawasan pantai sepanjang kira-kira setengah batu itu.

Menurut penduduk tempatan, ia merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kawasan mereka

Sehari selepas penemuan bangkai-bangkai ikan itu, kakitangan daripada pejabat pentadbiran daerah dilihat turun dan meninjau kawasan berkenaan. Mereka juga dilapor mengutip bangkai-bangkai ikan yang ditemui di pantai tersebut.

Sumber: Metro UK