Ribuan Ikan Mati, Pemilik Kolam Hanya Mampu Mengalir Air Mata, Dakwa Akibat Perbuatan Khianat

15 Sep 2022 • 6:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribuan Ikan Mati, Pemilik Kolam Hanya Mampu Mengalir Air Mata, Dakwa Akibat Perbuatan Khianat

Ribuan ikan di sebuah kolam di Kuala Lipis, Pahang dilaporkan mati didakwa disebabkan oleh perbuatan khianat, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 14 September 2022.

Menurut pemilik kolam tersebut menerusi laman Facebook milik mereka (Kolam Pancing Tok KING Empire), kolam tersebut telah beroperasi selama lebih dua tahun dan merupakan salah satu punca pendapatan ibu mereka.

image is not available

Menerusi gambar-gambar dan video yang dikongsikan, kelihatan bangkai-bangkai pelbagai jenis ikan termasuk ikan patin bergelimpangan di atas darat dan juga dilihat terapung di dalam kolam tersebut.

Difahamkan, hal tersebut didakwa berpunca daripada perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, mereka masih menunggu laporan penuh dari pihak polis untuk mengesahkan hal tersebut.

Susulan itu, kolam berkenaan terpaksa ditutup sementara dan pemiliknya turut memohon maaf kepada para pelanggan yang mungkin terjejas.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan oleh pemilik facebook berkenaan. Menerusi perkongsian tersebut, ia turut menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.

image is not available

Rata-rata menyuarakan rasa simpati dan mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Sebahagiannya pula turut mendoakan agar pemilik bersabar dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini.

Setakat ini, perkongsian kedua berkenaan kejadian tersebut yang dibuat di laman facebook berkenaan sudahpun mendapat lebih 1.3k tanda suka dan dikongsi lebih 1.2k kali.

image is not available

View Original Article