Ribuan Sertai Himpunan Di New York Tanda Sokongan Palestin

9 Oct 2023 • 3:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, ribuan sertai himpunan di New York sebagai tanda sokongan Palestin selepas diserang bertalu-talu oleh tentera Israel tanpa belas kasihan.

Malah, umum sedia maklum, kumpulan Hamas telah memulakan serangan pada waktu subuh Sabtu dengan serangan roket besar-besaran ke arah selatan Israel.

Difahamkan, serangan tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan kepada anggota Hamas yang menyusup ke kawasan Israel dari Gaza, tempat tinggal 2.3 juta penduduk Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestine, jumlah kematian meningkat kepada 413 manakala 2,300 lagi cedera akibat pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Apa yang lebih menyedihkan, lebih 40,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan telah berpindah akibat serangan berterusan tentera Israel sejak Sabtu.

Sokongan Palestin

image is not available

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, kelihatan ribuan manusia sertai himpunan himpunan di New York sebagai tanda sokongan kepada Palestine telah berjaya menarik perhatian ramai.

Ramai doakan Palestin

Sokongan tersebut telah membuatkan ramai netizen terharu serta sebak apabila mengenangkan serangan yang telah berlaku di Palestine sehingga meragut nyawa yang tidak bersalah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

image is not available