Ribut Di Bintulu, Pokok Tumbang Dan Bumbung Pangsapuri Terbang

19 Jan 2024 • 9:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cuaca buruk menyebabkan kerusakan di Bintulu

Ribut Di Bintulu, Pokok Tumbang Dan Bumbung Pangsapuri Terbang. Hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan kerosakan di beberapa tempat di Bintulu apabila pokok-pokok tumbang, malah bumbung apartmen juga terbang.

Menurut sumber, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata mereka menerima panggilan kecemasan tentang insiden itu pada pukul 2.11 petang berikutan angin kencang tersebut.

image is not available
Ribut Di Bintulu, Pokok Tumbang Dan Bumbung Pangsapuri Terbang. Sumber: Facebook

Beliau berkata ahli bomba dari balai Bintulu terus menuju ke Apartmen Iris Garden di Jalan Sultan Iskandar selepas bumbung bangunan itu ditiup angin.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Bintulu, Kapten Mohd Johari Mohd Taufik turut menyatakan bahawa pasukan dari APM Bintulu telah dihantar ke lokasi untuk membersihkan pokok yang tumbang itu.

Manakala, menerusi video di laman TikTok, kelihatan bumbung yang tercabut itu telah menghempap beberapa buah kenderaan yang berada di tempat letak kereta.

Bahkan, beberapa warganet turut berkongsi rakaman kejadian bumbung bertebangan akibat angin kencang.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02j5UqLwbqNcnZKB53AdLz8BZiDWavq1babrVwYdxftZx6EGnaqi817V2cUNzdwd81l&id=100005824925400&sfnsn=wa&mibextid=iOXQ3i&paipv=0&eav=AfaQoP0UMoucA9vd77A6XaEhkPpqr-w2Tpd6s6Ms-snoE4WV04l_t2M_hnq6iHqcke4&_rdr

Bukan itu sahaja, satu hantaran di Facebook pula menunjukkan kanopi dari Medan Selera SEDC Bintulu ditiup angin sehingga ke kawasan stesen minyak berdekatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: