Ribut landa Kampung Melayu Subang, puluhan rumah, kenderaan rosak

6 Apr 2025 • 6:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 6 APRIL: Berpuluh-puluh kediaman dan kenderaan mengalami kerosakan susulan kejadian ribut kuat yang melanda Kampung Melayu Subang, sekitar 4 petang tadi.

Saksi kejadian, Marniza Othman, 41, berkata penduduk segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan selepas melihat banyak pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin.

“Waktu itu saya menyangkakan seperti hujan batu sebab bunyi yang terlalu kuat, namun setelah lihat di luar rumah bumbung rumah sudah tercabut. Keadaan ketika itu agak kelam-kabut, air juga menitik masuk ruang tamu dan bilik tidur.

“Ada beberapa rumah turut dihempap pokok, dari kawasan Jalan Bukit Badak sehingga Subang Perdana, hampir 20 buah rumah terjejas,” ujarnya.

Beliau berkata penduduk menyifatkan keadaan yang berlaku dalam tempoh singkat itu amat mencemaskan apatah ketika ramai yang berkunjung sempena Aidilfitri.

image is not available
Beberapa batang pokok tumbang dan ada antaranya menghempap kenderaan susulan ribut yang melanda Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitarnya pada 6 April 2025. Foto Facebook Kampung Melayu Subang Official

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved