Ribut petir, angin kencang dalam tempoh panjang diramal di utara Semenanjung

25 Sep 2023 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri berkenaan, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia pada 12.30 tengah hari ini, keadaan itu berlaku berikutan penumpuan angin yang sedang berlaku di kawasan utara Semenanjung yang dijangka berlanjutan hingga Rabu ini.

Ramalan itu berdasarkan analisis model cuaca.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. -Bernama