Ribut petir diramal di empat negeri hingga 5 petang - MetMalaysia

LocalEnvironment
1 Nov 2024 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri hingga 5 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri hingga 5 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Pahang membabitkan daerah Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh Melaka.

Sementara itu, di Johor melibatkan daerah Tangkak, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru. - Bernama