Ribut petir diramal pada petang hari pengundian PRN Melaka - MetMalaysia

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir diramal pada petang hari pengundian PRN Melaka - MetMalaysia
MetMalaysia meramalkan cuaca mendung pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di ketiga-tiga daerah di negeri ini pada hari pengundian PRN Melaka ke-16 Sabtu ini. Foto hiasan

MELAKA - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca mendung pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di ketiga-tiga daerah di negeri ini pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu ini.

Susulan itu, MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook menasihatkan pemilih untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi.

"Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi lebih awal pada waktu pagi berikutan ramalan ribut petir pada sebelah petang di semua daerah.

"Jangan lupa bawa payung dan patuhi arahan keselamatan di pusat mengundi,” menurut hantaran itu.

Pengundi turut dinasihatkan merancang perjalanan ke pusat mengundi dengan menyemak ramalan cuaca terkini daripada MetMalaysia. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved