Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

LocalEnvironment
17 Nov 2026 • 8:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri
MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang membabitkan Bentong serta Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson dan Seremban.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Johor, amaran melibatkan Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Kanowit), Betong (Betong dan Saratok), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau) serta Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan).

Di Sabah, amaran melibatkan Tawau (Kalabakan) serta kawasan Pedalaman (Pensiangan, Tenom dan Sipitang). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved