Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan KL

LocalEnvironment
26 Nov 2026 • 5:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan KL
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Kuala Lumpur hingga 8 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Kuala Lumpur hingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4.30 petang memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta tujuh daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Sik, Pendang, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor membabitkan Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak.

Kawasan lain yang terlibat ialah Gua Musang di Kelantan, Lipis dan Cameron Highlands (Pahang), Jelebu, Kuala Pilah, Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan) serta Alor Gajah di Melaka.

Di Sarawak, amaran meliputi Selangau di Sibu, Tatau (Bintulu), Mukah, Pusa dan Betong di Betong, Pantu dan Lingga (Sri Aman), Kuching, Samarahan, Siburan (Serian) serta Lawas di Limbang.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sipitang di Pedalaman, Kinabatangan dan Paitan (Sandakan) serta Ranau, Kota Belud dan Tuaran di Pantai Barat. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved