Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari ini

16 Jan 2025 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, pada Khamis.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, pada Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Perak, Perak serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Hulu Terengganu, Terengganu serta dua daerah di Sabah iaitu Tawau dan Semporna. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved