Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Awal Pagi Ini

8 Jan 2026 • 12:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di bebrapa kawasan di Sarawak sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, Kapit dan Bintulu (Tatau) antara kawasan yang diramal hujan awal pagi ini di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02rdART8g8xpypd66PPYfFwML8PTkhkzkxaqYYUPd8wC4b4tZhu9oLfngpS9jXZLd6l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Ditahan SPRM

BACA: Lebih 200 Graduan Rai Majlis Graduasi Berlatarkan Runtuhan Bangunan Di Gaza

BACA: Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

The post Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.