Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

LocalEnvironment
26 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Kedah melibatkan Langkawi dan Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kemaman).

Di Pahang pula, kawasan terlibat adalah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan (Hulu Selangor dan Gombak)

Selain itu, cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan melibatkan Jempol dan Tampin serta Johor di Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Sarawak turut berada di bawah amaran berkenaan iaitu di kawasan Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis) dan Limbang. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved