Ribut petir, hujan lebat di hampir seluruh Semenanjung sehingga 9 malam ini - MetMalaysia

LocalEnvironment
3 Dec 2025 • 7:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang yang dijangka berlaku di sembilan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini.

Menurut jabatan itu, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kelantan (daerah Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin).

“Selain itu, cuaca sama turut dialami di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei – Pakan, Sarikei dan Julau; Sibu – Kanowit; Kapit; dan Bintulu – Sebauh) serta di Sabah, hanya di Sandakan (Tongod),” menurut notis amaran ribut petir MetMalaysia yang dikeluarkan petang ini.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved