Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
1 May 2026 • 2:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 5 petang ini

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah selain seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Di Terengganu beberapa daerah dijangka hujan antaranya Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sementara itu, di Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin.

"Bagi negeri Selangor, beberapa daerah diramal hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat. Di Negeri Sembilan pula hanya daerah Port Dickson.

"Di Johor pula antara daerah yang dijangka hujan adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah pula adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.