Ribut petir, hujan lebat di KL dan lapan negeri - MetMalaysia

LocalEnvironment
25 May 2026 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di KL dan lapan negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain hingga 4 petang Isnin. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan di Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar, manakala di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau), manakala Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). - Bernama