Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

LocalEnvironment
16 May 2026 • 2:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di lima negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan hingga 4 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan hingga 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda hampir seluruh daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak serta Batang Padang.

Di Pahang, amaran dikeluarkan bagi kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah, ribut petir dijangka melanda kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat serta Tawau, selain keseluruhan Labuan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved