Ribut petir, hujan lebat di lima negeri

LocalEnvironment
11 Jul 2026 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di lima negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri pada Sabtu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri, yang dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi itu melibatkan Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang; Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); serta Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin).

Amaran sama turut melibatkan seluruh Melaka, selain beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved