
Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa 6 Negeri Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda enam negeri sehingga jam 5 petang ini.
Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang.
Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Batang Padang dan Muallim.
MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin di Pahang.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri
Beralih ke Johor, ia melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Limbang di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu) di Sabah.
Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Baca juga:
