Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 6 petang

16 Feb 2026 • 4:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hampir semua negeri di seluruh negara dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang ini. Foot hiasan

KUALA LUMPUR - Hampir semua negeri di seluruh negara dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang memaklumkan di bahagian utara, negeri terlibat ialah Kedah, iaitu di daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bagi Perak, kawasan yang terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

Di pantai timur, seluruh negeri Pahang dijangka terjejas, manakala Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, sementara di Kelantan melibatkan Gua Musang.

Cuaca sama turut diramal melanda Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga diramal mengalami keadaan cuaca sama.

Di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Limbang, manakala di Sabah pula amaran dikeluarkan bagi kawasan pedalaman melibatkan Nabawan dan Keningau, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Kudat (Pitas). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved