Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya, 9 negeri hingga 5 petang

LocalEnvironment
25 Feb 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri hingga jam 5 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri hingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran dikeluarkan pada jam 2.30 petang memaklumkan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah melibatkan Bandar Baharu serta beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka.

Bagi Johor, kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula, amaran sama melibatkan Limbang (Lawas), manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved