
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala seluruh kawasan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal hujan.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli dan Gua Musang. Manakala di Terengganu pula seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Bagi Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin. Sementara itu di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan termasuk Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit dan Bintulu (Sebauh).
“Di Sabah pula, kawasan terlibat hanya di Sandakan (Tongod),” maklum jabatan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0eraewdR9dEWaVn2dC8r9VFxUo2FprofRJKnJ4QnN7FHiY4h1XWP99bGfYZan8W5Sl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: RON95 Tanpa Subsidi, RON97 Naik 3 Sen Seliter
The post Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


