Ribut petir, hujan lebat diramal landa Sabak Bernam, empat negeri hingga 1 tengah hari

Environment
27 Jul 2026 • 10:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa Sabak Bernam, empat negeri hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 27 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Sabak Bernam sehingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Sarawak pula, amaran melibatkan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri serta Limbang.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain Kudat.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai di kawasan terlibat disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved