
PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di sembilan negeri termasuk Selangor, Perak dan Pulau Pinang dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir serta sehingga pukul 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan selepas jabatan itu menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu), Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang.
“Di Perak, kawasan terlibat ialah Manjung, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Larut Matang dan Kerian,” ujarnya.
Sementara itu, kata MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku sekitar Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang.
“Di Sarawak, kawasan terlibat merangkumi Sibu, Miri, Beluru dan Marudi serta Limbang. Keadaan sama diramal melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu Pantai Barat, Sandakan melibatkan Tongod serta Tawau membabitkan Tawau, Semporna dan Kalabakan selain kawasan Pedalaman,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir, hujan lebat landa 9 negeri appeared first on Kosmo Online.






