Ribut tropika kuat Nesat bakal badai Malaysia? 5 fakta perlu tahu

17 Oct 2022 • 6:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RIBUT tropika ialah adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Ia berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 hingga 117 kilometer sejam (kmp/j).

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Ribut tropika kuat Nesat yang melanda beberapa negara Asia Tenggara.

Biarpun tidak melanda Malaysia. situasi ini perlu diambil perhatian segera. Sebagai panduan, berikut lima fakta mengenainya:

image is not available
Kredit foto: Pixabay

1-MetMalaysia memaklumkan ribut tropika kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.27 di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

2-Keadaan tersebut menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

3-Ramalan terkini menunjukkan sistem tersebut dijangka meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini.

4-Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

5-Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi Met Malaysia.

Talian hotline 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

SinarPlus berharap anda berada di negeri terbabit mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga tiada impak teruk berlaku yang menjejaskan struktur dan penduduk. Teruskan membuat persediaan agar impaknya dapat dikurangkan ke tahap minimum.

ANEKDOT

Siklon tropika boleh dilihat menerusi satelit seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar.

Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan dibahagian pusat dikenali mata yang mana udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan.

Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.

Siklon tropika dikelaskan seperti berikut:

-Lekukan tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63 kmp/j

-Taufan – satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118 kmp/j atau lebih

-Ribut tropika – satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117 kmp/j.

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.