Ribut Tropika Senyar Ragut Nyawa Pertama, Pelantar Runtuh Babitkan 8 Mangsa Di Port Dickson

LocalEnvironment
28 Nov 2025 • 4:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia merekodkan kematian pertama akibat Ribut Tropika Senyar yang melanda kawasan sekitar Selat Melaka, selain insiden runtuhan cerun dan struktur pelantar di Port Dickson.

Ribut Tropika Senyar ragut satu nyawa

Menurut laporan Maaysia Gazette, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 49 tahun yang menunggang motosikal sebelum merempuh pokok tumbang di Jalan Selandar menuju ke Machap, Jasin pada jam 6.57 pagi.

image is not available

Foto: Bernama

Dalam masa sama, beliau memaklumkan lapan pekerja terlibat dalam runtuhan struktur pelantar minyak di Port Dickson namun kesemuanya berjaya diselamatkan.

“Sebanyak 49 kes pokok tumbang direkodkan di lima negeri iaitu Negeri Sembilan (33 kes), Melaka (8), Selangor (5), Putrajaya (2) dan satu kes di Perak,” katanya.

Tambah beliau, struktur tanah yang menjadi lembut akibat hujan berintensiti tinggi dalam iklim tropika menyumbang kepada risiko pokok tumbang dan tanah runtuh.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Walaupun ribut Senyar telah diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah, ancaman kejadian pokok tumbang serta tanah runtuh masih tinggi.
“Orang awam dinasihatkan menjauhi kawasan berisiko termasuk lokasi yang mempunyai banyak pokok besar atau berhampiran cerun,” tegasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

The post Ribut Tropika Senyar Ragut Nyawa Pertama, Pelantar Runtuh Babitkan 8 Mangsa Di Port Dickson appeared first on Borak Daily.