Rider Gate Dilancarkan – Aplikasi Memfokuskan Jual-Beli Motosikal Terpakai

TechnologyDigitalCars
18 Jan 2025 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi mereka yang mencari motosikal terpakai, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkannya, termasuk melalui iMotorbike, Mudah dan Carousell. Kini, turut menyertai pasaran dalam memfokuskan khusus untuk jual-beli melibatkan motosikal adalah Rider Gate.

image is not available

Rider Gate dibangunkan oleh RAMS Autotech, anak syarikat dibawah Ramssol Group Berhad. Berkongsi mengenai pelancarannya, Malaysia mempunyai sekitar dua juta transaksi jual-beli motosikal setiap tahun, dan Rider Gate menyasarkan untuk meliputi sekitar 10% pasaran jual-beli motosikal melalui platform mereka. Ini membawa kepada sasaran sejumlah sehingga 200,000 motosikal terpakai dijual-beli melalui platform mereka.

Pada pelancaran rasmi hari ini, Rider Gate mempunyai hampir 150 pengedar berdaftar, dan ingin meningkatkannya kepada 1000 pengedar menjelang tahun pertama operasi ini.

Aplikasi Rider Gate ditawarkan untuk iPhone dan juga Android, memudahkan pengguna melakukan carian motosikal, melihat jarak penggunaan, dan beberapa maklumat sebelum berhubung melaluinya untuk proses transaksi. 

Bagi anda yang berminat, boleh menyemaknya melalui web rasmi, atau memuat-turun aplikasi Rider Gate pada iPhone atau Android hari ini.