‘Rider’ Grab Food Maut, Terbabas Langgar Peti Pembekal Voltan Rendah

1 Oct 2024 • 10:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang penunggang Grab Food maut di Jalan Ayer Keroh-Gapam, Melaka selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan merempuh Peti Pembekal Voltan Rendah (Feeder Pillar) Tenaga Nasional Berhad.

Menerusi laporan Berita Harian, mangsa, Tan Tian Hau yang berusia 48 tahun itu maut ditempat kejadian kira-kira pada jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima laporan tentang kejadian tersebut kira-kira pada jam 9.13 malam.

Hasil siasatan awal mendapati penunggang dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke arah Ayer Keroh dan semasa sampai di lokasi dipercayai hilang kawalan lalu melanggar Feeder Pillar milik TNB di bahu jalan.

Akibat pelanggaran, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan juga, motosikal tersebut akan dihantar untuk mejalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved