“Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak

3 Aug 2026 • 11:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Imaus meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penunggang motosikal yang tidak beretika semasa berada di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gambang.

Menerusi foto dikongsi, kelihatan ramai penunggang motosikal tersebut sedang beratur dalam kumpulan di pam minyak. Namun dakwa Imaus, penunggang-penunggang itu tidak beratur selain memotong barisan kenderaan lain yang sudah berada di sana.

Dakwanya lagi, rider di pam minyak telah bertindak mengajak rakan-rakan yang lain untuk memotong barisan meskipun menyedari kehadiran pemilik kenderaan lain di barisan belakang.

‘Datang Terus Potong Nak Isi Minyak’ – Lelaki

Menurut Imaus, dia perlu menunggu kira-kira 30 minit sebelum akhirnya dapat mengisi minyak.

“Apa masalah ya mat motor ni? Rider lain elok je nampak pam ni kereta tengah beratur tak potong que (barisan) masuk pun. Datang diorang terus potong isi minyak ramai-ramai siap panggil lagi geng lain. Setengah jam tau tunggu tapi senang-senang je potong,” dakwanya.

Lelaki Tegur Penunggang Motosikal Yang Suka Hati Potong ‘Q’

Bagaimanapun menurut lelaki itu, dia telah pun bersuara dan menegur perbuatan penunggang motosikal itu sebelum mencari stesen minyak lain.

Hal ini kerana jelas Imaus, perbuatan penunggang motosikal itu menyusahkannya yang perlu menghadap perjalanan jauh.

“Dah hon pun buat muka tak bersalah langsung. Done tegur sebelum bergerak pergi isi tempat lain. Mohon renungkan. Hidup jangan susahkan orang,” katanya di ruangan kapsyen.

‘Bimbang Keselamatan, Rider Tak Endahkan Teguran – Lelaki

Jelas Imaus, perbuatan itu juga boleh mengundang risiko keselamatan.

“Bimbang juga keselamatan tadi sebab diorang ramai. Kita atas kereta berapa orang je. Lepas tegur tak endahkan, bagi sikit kata-kata terus bla (pergi). Penat menunggunya, jauh lagi perjalanan nak pergi,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Penganjur RXZ Members Tukar Slogan Jadi ‘Yang Santai Pasti Sampai’, Ajak Peserta Tunggang Motosikal Secara Berhemah

‘Pentingkan Diri Sendiri, Bila Kena Kecam Marah’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai menyindir dan menegur sikap sesetengah penunggang motosikal yang tidak beradab serta melanggar undang-undang jalan raya.

“Jenis pentingkan diri sendiri. Bila kena kecam dicop sebagai kera diorang marah pula,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada juga individu yang turut berkongsi pengalamannya berdepan perkara sama dengan geng penunggang motosikal yang lain.

“Dah pernah kena. Dah la baru balik kerja, bar (minyak petrol) tinggal dua je. Esok nak kerja lagi. Dia boleh bergilir-gilir dekat pam minyak tu tanpa henti. Memang minta kena maki je,” ujar seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Sudah 3 Peserta Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Members 8.0 Maut

Peserta RXZ Members Perlu Jaga Adab – Pengguna Threads

Meskipun identiti kumpulan berkenaan tidak diketahui, ramai percaya mereka merupakan geng motosikal yang menyertai program RXZ Members 8.0 yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu (31 Julai & 1 Ogos).

Sementara itu, sesetengah individu berkata individu yang dipercayai kumpulan RXZ Members perlu menghormati orang sekeliling.

“Memalukan bila timbul perkara-perkara kurang adab dari rider RXZ ni. Anjur event tak salah. Nak bawa motosikal tak salah, yang salah adalah sikap dan mentaliti rider-rider ni,” kata seorang lelaki.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, menegaskan jabatan itu tidak akan menyokong sebarang penganjuran program motosikal termasuk RXZ Members jika isu keselamatan dan kemalangan masih berterusan.

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Kepentingan Awam” – JPJ Tak Akan Sokong Program Permotoran Jika Isu Keselamatan & Kemalangan Masih Berterusan

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak
Image from: “Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak
Image from: “Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak
Image from: “Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak
Image from: “Rider Lain Elok Je Beratur” – Lelaki Stres Geng Motosikal Selamba Potong ‘Q’ Di Pam Minyak
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: RXZ Members 8.0: Tiada Roadblock, Polis Guna Kaedah Risikan & Rakaman Video Sebagai Bukti Sebelum Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: Padah Buat Aksi ‘Superman’, Lelaki Singapura Dicekup Polis Sebelum Sempat Sampai Ke Himpunan RXZ Members 8.0

Baca Artikel Berkaitan: Perhimpunan ‘We Are RXZ Members’ Masih Boleh Diteruskan Dengan SOP, Jelas JSPT Bukit Aman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved