‘Rider’ Mulakan Tahun Baharu Dengan Selamatkan Kura-Kura Atas Jalan Daripada Terbunuh

Entertainment
2 Jan 2023 • 4:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mempunyai hati yang murni, seorang penghantar makanan atau dikenali rider memulakan tahun baharunya dengan menyelamatkan kura-kura yang berada di atas jalan raya daripada terbunuh di Woodland Center Road, Singapura, lapor Mothership.SG.

Kura-kura tersebut tidak menyedari bahawa ia membahayakan dirinya dengan melintasi jalan dengan lalu lintas yang sibuk, namun nasibnya baik selepas rider itu perasan akan kewujudannya dan membantunya.

Kisah murni tersebut dikongsi oleh salah seorang pembaca Mothership, selepas dia menyedari pergerakan bas dua tingkat yang dinaikinya tiba-tiba menjadi perlahan.

Ketika itulah dia menyedari apa yang sedang berlaku dan melihat lelaki itu memberi isyarat kepada lalu lintas untuk berhenti buat sementara waktu supaya dia boleh membawa kura-kura yang terdampar berkenaan ke tempat yang selamat.

Gambar di bawah menunjukkan lelaki itu meletakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum berjalan ke arah kura-kura tersebut dan mengambilnya.

image is not available
Kredit: Mothership.SG

Apabila kura-kura itu diangkat, ia memasukkan lehernya ke dalam cangkerang dan boleh dilihat lelaki itu mempunyai rasa takut untuk memegangnya.

image is not available
Kredit: Mothership.SG

image is not available
Kredit: Mothership.SG

Gambar terakhir yang dikongsikan oleh pembaca menunjukkan rider itu menuju ke perairan di Taman Marsiling untuk meletakkan kura-kura tersebut.

image is not available
Kredit: Mothership.SG

Walaupun pada akhirnya, ia merupakan satu perbuatan yang kecil tetapi tidak semua memilih untuk melakukan perkara yang sedemikian.

Ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja dan lelaki itu berjaya membuktikan masih ada lagi masyarakat yang berhati perut dan mempunyai jiwa yang baik di saat dunia sedang berdepan dengan pelbagai kemungkinan.

Menurut pembaca itu, dia ingin berkongsi mengenai kejadian tersebut kerana ‘perbuatan yang kecil itu telah menjadikan dunia tempat yang lebih baik’.