Rider Nyaris Kemalangan Gara-Gara Pemandu Lori Selamba Buat Pusingan U Haram Buat Netizen Berang [Video]

LocalCars
27 Mar 2025 • 1:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Namun, masih ada segelintir pemandu yang mengabaikan peraturan, seperti membuat pusingan U di kawasan larangan. Tindakan berbahaya ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan lain, malah boleh mengundang kemalangan.

Tidak hairanlah semakin banyak video insiden jalan raya yang tular di media sosial, membuatkan ramai lebih berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.

Rakaman Dashcam Dedah Situasi Cemas

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sofi Cikoi, sebuah rakaman dashcam memaparkan kejadian cemas melibatkan sebuah lori yang membuat pusingan U secara berbahaya.

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat yang sedang hijau.

Pada awal video, lori tersebut dilihat berada di lorong kanan sebelum bergerak ke kiri dan tiba-tiba membelok semula ke kanan. Difahamkan, pemandu lori cuba mengambil sudut untuk membuat pusingan U di kawasan yang sempit.

Keadaan menjadi cemas apabila sebuah motosikal dari arah belakang yang berada di lorong kiri hampir merempuh lori tersebut kerana tiada ruang untuk mengelak.

Penunggang motosikal itu pada mulanya hilang kawalan namun berjaya menstabilkan kenderaannya tepat pada waktu. Mujur juga pemandu lori sempat menghentikan jenteranya sebelum meneruskan pusingan.

Rakaman itu turut menunjukkan pemilik dashcam yang merupakan seorang wanita terpaksa membrek secara mengejut akibat tindakan pemandu lori tersebut. Kedengaran juga dia beberapa kali beristighfar menyaksikan situasi berbahaya itu.

Tonton video penuh [DISINI].

Netizen Berang Dengan Tindakan Pemandu Lori

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemandu lori tersebut.

Majoriti berpendapat pemandu lori yang cuai seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan memandu kerana boleh mengancam nyawa pengguna jalan lain.

Ada juga yang mencadangkan agar lesen mereka ditarik sebagai pengajaran supaya lebih bertanggungjawab ketika di jalan raya.

image is not available
Sumber: Facebook Sofi Cikoi

image is not available
Sumber: Facebook Sofi Cikoi

Hanya Boleh U-Turn Di Tempat Dibenarkan

Sekadar peringatan, pusingan U hanya boleh dilakukan di kawasan yang dibenarkan dan kebiasaannya di kawasan yang mempunyai papan tanda U-turn di atas jalan raya.

Walaupun terdapat sesetengah individu yang tetap melakukan pusingan U di tempat dilarang, ia sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) yang boleh dikenakan denda sehingga RM300 jika disabit kesalahan.

Pusingan U juga dilarang sama sekali untuk dibuat di kawasan selekoh, hadapan sekolah, hospital dan di dalam terowong.

Malah pemandu juga dilarang untuk membuat pusingan U di atas jalan raya dengan garisan putih berkembar padanya.