Ridhuan Tee sindir pemimpin PN -“Berhentilah berebut jadi Perdana Menteri”

LocalPolitics
9 Sep 2025 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyindir segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang didakwanya terlalu ghairah berebut jawatan Perdana Menteri walhal Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) masih belum berlangsung.

Ridhuan Tee kata sepatutnya PN fokus selamatkan negara

Ridhuan menerusi hantaran beliau di media sosial menegaskan, fokus sebenar Perikatan Nasional (PN) sepatutnya adalah usaha menyelamatkan negara serta menjaga kepentingan rakyat, bukannya sibuk menonjolkan tokoh tertentu semata-mata sebagai calon Perdana Menteri.

Ridhuan Tee nasihat Presiden Bersatu untuk berehat

Lebih menarik, beliau turut menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berjiwa besar untuk ‘berehat’ daripada terus dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

Menurutnya, keadaan kesihatan dan kes mahkamah yang dihadapi Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi faktor penting untuk memberi laluan kepada tokoh lain dalam PN.

“Berhentilah berebut jadi Perdana Menteri. Ramai dalam Bersatu dan Pas yang berwibawa, tetapi tidak perlu menonjolkan seorang sahaja seolah-olah orang lain tidak layak,” katanya .

image is not available

Ridhuan berkata demikian selepas mengulas pandangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bersepakat supaya isu siapa jadi Perdana Menteri tidak dijadikan tumpuan utama mana-mana parti termasuk Bersatu.

image is not available

Bersatu masih dibayangi DNA UMNO?

Dalam kenyataan yang sama, beliau sempat mempersoalkan sikap Bersatu yang menurutnya masih dibayangi DNA UMNO apabila terlalu ghairah mengejar jawatan, sedangkan tanpa kekuatan jentera Pas, parti itu sukar untuk bertahan.

“Ini belum menang lagi, sudah bercakap soal jawatan. Bersatu mahu apa sebenarnya? Jika cara berfikir seperti ini diteruskan, jangan mimpi hendak memimpin kerajaan,” ujarnya.

image is not available

Justeru, Ridhuan menegaskan apa yang lebih utama ketika ini adalah menjaga kestabilan negara serta memperkukuh kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, bukannya menyalin gaya politik tamak kuasa yang akhirnya boleh membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap PN.

Sumber: Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah