Ridhuan Tee Tegur Pengacara ‘Perasan Bagus’ Suka Buat Lawak Bodoh & Tak Ada Adab – “Paling Jelek Bila…”

25 Oct 2023 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah dan pengacara TV, Profesor Dr Ridhuan Tee menegur hos-hos lain yang dikatakan kurang adab ketika mengacarakan sesebuah program atau rancangan di televisyen.

Kata Ridhuan, kebanyakan pengacara sekarang tidak mempunyai ilmu dan terkenal disebabkan mengacara sambil membuat lawak bodoh.

Nak jadi hos biar berilmu, jangan guna lawak bodoh untuk naik, memalukan saja. Sekarang ini ketara sangat, pengacara TV atau program realiti, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.

image is not available

Tambah pendakwah itu, sesiapa saja yang melibatkan diri dengan khalayak seharusnya dikenali dengan ilmu mereka dan bukanlah dengan lawak atau cuitan bodoh.

Ridhuan turut menyarankan agar hos banyakkan membaca kerana persiapan ilmu sangat penting untuk seseorang yang bergelar pengacara.

Pintas cakap, sindir peribadi juri (itu) sepatutnya dielakkan. Paling jelek apabila memotong juri bercakap dan menyentuh peribadi.

Nak potong cakap boleh tapi kena ada adabnya. Nasihat kepada hos hari ini yang perasan dia bagus, buatlah muhasabah diri.

image is not available 3 days ago

"Kalau Penerbit Nak Kita 'Bakar Line', Kita Buat.." - Janna Nick Tak Rasa Salah, Isu Perli Pengacara Lain Ada Dalam Skrip