
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam.
Menerusi hantaran di Instagram, Ridzuan berkongsi momen anaknya, Sky Taizo Okumura, sedang menunaikan solat. Katanya, Sky tidak pernah meninggalkan solat lima waktu walaupun pulang lewat dari sekolah.
View this post on Instagram
Tulisnya,
Alhamdulillah, Sky tak pernah sekali pun tinggal solat. Lima waktu penuh, setiap hari dia lakukan dengan tertib. Hati saya sangat bersyukur dan gembira ada anak sebaik ini.
Ridzuan juga yakin setiap kali selesai solat, anak tunggalnya itu pasti menyelitkan doa buat arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura, yang meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.
“Dia tak pernah lupa mendoakan ibunya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
(VIDEO) "Nana Datang Rumah Baru Ayah.." - Menyambut Hari Lahir Di Pusara Bapa, Video Anak Arwah Ridzuan Hashim Membuat Ramai Sebak
The post Ridzokumura Syukur Anak Tak Pernah Tinggal Solat, Sentiasa Doakan Arwah Ibu – “Lakukan Dengan Tertib” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


