Riena Diana Dah Temui Kebahagiaan, Kini Hangat Bercinta Dengan Keith Foo

Entertainment
10 Jun 2024 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
riena diana

Pelakon Riena Diana mengaku kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dengan rakan industri, Keith Foo.

Lapor Harian Metro, hubungan istimewa pasangan ini mula berputik sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3. 

image is not available

Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang. Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

Jelas Riena, dia tahu mengenai status Keith Foo yang merupakan duda anak satu. Pelakon tersebut merasakan ianya bukan satu masalah.

image is not available

Malah, dia sendiri sudah bertemu dengan anak Keith Foo dan keluarganya. Jadi, Riena berharap orang ramai dapat mendoakan semoga hubungan yang dibina kekal selamanya.

Pasangan ini difahamkan baru je berkenalan dan mereka enggan terlalu memikirkan hala tuju hubungan tersebut.

Sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami.

Dalam pada masa yang sama, Keith berkata kepada pihak Harian Metro bahawa Riena mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diimpikan dan wanita itu mempunyai banyak persamaan dengannya.

Kata Keith, hubungan cinta mereka sebenarnya berputik tanpa sengaja. Riena membuktikan dirinya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.