Riena Diana kagum Keith Foo bersungguh dalami ilmu agama, sanggup dengar ceramah hari2

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 9:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Riena Diana kagum dengan kesungguhan teman lelakinya, Keith Foo dalam mendalami ilmu agama Islam.

Menurut laporan Kosmo! Online, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, tidak menyangka Keith sanggup mendengar ceramah setiap hari sebagai inisiatif untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Riena Diana kagum

image is not available

“Kadang-kadang dia beritahu ada mendengar khutbah dan akan kongsikan isi ceritanya. Pada mulanya saya pelik, kenapa dengar khutbah hari-hari? Khutbah selalunya pada hari Jumaat.

“Rupa-rupanya, pada dia, setiap ceramah itu adalah khutbah. Saya melihat situasi itu sangat comel. Dia ada inisiatif untuk mendalami agama.

“Baru-baru ini, pada hari Maulidur Rasul, dia bertanya, kebiasaan orang Islam buat apa? Kemudian dia sendiri yang memutuskan untuk bersedekah di masjid,” ujarnya.

Riena turut memberitahu sejak kecil lagi Keith sudah terdedah dengan ajaran Islam tambahan pula ada beberapa ahli keluarga merupakan mualaf.

Susulan itu, dia enggan untuk mendesak atau memberi tekanan kepada teman lelakinya itu kerana percaya hidayah akan datang dengan sendiri tepat pada masanya.

Riena Diana kagum

image is not available

“Jarang bercakap tentang hal ini. Namun, kami berdua sedar tentang hubungan yang berbeza agama. Sebelum hubungan menjadi lebih serius, itu yang kami pernah bincangkan dahulu.

“Sepanjang tempoh perkenalan, saya melihat Keith sudah biasa berkawan dengan orang Melayu. Jadi, setakat perkara-perkara asas, dia memang sudah tahu dan tiada masalah sangat.

“Dia mempunyai keinginan untuk belajar sendiri dan sebab itu saya tidak terlalu mendesak. Kakak dan abangnya juga adalah mualaf. Jadi, bukan sesuatu yang asing pun,” katanya.

Dalam pada itu, Riena dan Keith masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan mereka mahu fokus terhadap karier masing-masing.

Terdahulu, Riena mendedahkan kepada umum mengenai hubungan istimewanya bersama Keith yang terjalin ketika penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

image is not available

Sekadar info, Keith pernah berkahwin dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun memilih jalan untuk berpisah pada 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar, 7.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)