Riena Diana ‘sekolahkan’ individu hina PPR, kongsi pengalaman pernah tinggal di situ

LocalEntertainment
7 Mar 2026 • 1:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Riena Diana tampil menempelak seorang individu yang membuat hantaran di media sosial seolah-olah menghina penghuni kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Riena Diana pernah tinggal di PPR

Menurut Riena, atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal 29 di platform Threads, dia sendiri pernah menetap di PPR Air Panas Setapak selama dua tahun dan tidak pernah berdepan pengalaman buruk sepanjang tinggal di situ.

Malah, dia meluahkan rasa syukur kerana mempunyai tempat untuk berlindung ketika itu.

“Saya okay sahaja dulu duduk di PPR Air Panas di Setapak daripada umur 18 hingga 20 tahun.
“Saya sangat bangga dengan bapa yang jaga saya, adik dan nenek ketika itu. Masa itu, PPR sahaja dia mampu.
“Hari-hari saya balik kerja lewat malam sebab kerja sebagai jurujual. Parkir jauh tapi Alhamdulillah selamat dan sedikit pun saya tak pernah mengeluh,” tulisnya.

image is not available

Riena Diana nasihat individu berhati-hati menulis

Dalam hantaran sama, pelakon itu turut menasihati individu terbabit supaya lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu di media sosial agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Selepas ini, jagalah kata-kata sebelum tulis sesuatu. Tak semua orang ada rezeki macam awak nak duduk di tempat mewah dan tidak busuk,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, individu berkenaan memuat naik hantaran yang mendakwa kawasan PPR kotor serta berbau tidak menyenangkan.

“Macam mana kalian boleh hidup duduk PPR? Dengan bau busuk tahi kucingnya. Banyak anjing liar, keliling bau sampah,” ujarnya dengan beberapa emoji muntah.

image is not available

Artikel lain: 8 bulan tak bayar sewa? Penyewa PPR berang pihak DBKL muncul depan rumah!

Hantaran tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada warganet termasuk beberapa individu dikenali yang tampil memberi pandangan mereka, antaranya Riena Diana.

Sumber: Threads rienadiana_